DISEMBER 2022

Pelancaran Pembinaan Depo ART Hidrogen Pertama Di ASEAN


Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg telah merasmikan pelancaran pembinaan projek Fasa 1  Kuching Urban Transportation System ( KUTS ) bertempat di tapak cadangan Depo ART Rembus, Kota Samarahan.

Kuching Urban Transportation System (KUTS) projek kerajaan Sarawak di laksanakan oleh Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan anak syarikatnya Sarawak Metro Sdn Bhd yang akan membina Depo Rembus untuk Autonomous Rapit Transit (ART), Operasi Pengankutan Bas bagi ART serta tempat Stesen Produksi Hydrogen kegunaan ART dan juga zero-emission pengangkutan awam masa depan.

Pembinaan Projek Fasa Pertama bermula dari Depo Rembus  yang akan melibatkan tiga laluan iaitu, Blue Line - Rembus / Hikmah Xchange sepanjang 27.6 KM, Red Line - Kuching Centre/ Pending sepanjang 12.3 KM dan Green Line - Pending/ Damai sepanjang 30KM yang semuanya bernilai RM6Billion dengan pembinaan dijangka siap dalam tempoh enam hingga tujuh tahun. Untuk Blue Line, dijangka akan siap pada awal April 2025.

Projek ART Pertama di ASEAN mengunakan kuasa Hidrogen adalah cetusan ilham YAB Abg Jo selepas beliau mengambil alih sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Arwah Tan Sri Adenan Satem. Ianya juga adalah niat beliau dari dahulu lagi untuk mentramformasi Pengankutan Awam di Kuching dan juga seluruh Sarawak dengan mengunakan sistem teknologi terkini berkonsepkan dasar Ekonomi Hijau yang beliau sedang usahankan.

Sistem ART tersebut bukan sahaja memberi perkhidmatan moden dan selesa serta murah tapi ianya juga memberi limpahan sosio-ekonomi di kawasan sekitarnya terutama peluang pekerjaan, pendapatan dan juga kemudahan kepada para pelancong, pelajar, pekerja dan orang awam lain.

Diakhir majlis, beliau menyasikan penyerahan pembayaran pampasan tanah kepada 16 orang pemilik tanah yang terlibat dalam Projek ART tersebut dan  juga MOU antara SEDC dan UNiKL, Unimas dan Centexts.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan  Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah Malaysia, YB Dato Sri Hajjah Rubiah bt Wang, Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Khim Shim, Timbalan Menteri YB Dr Hadzland Hipni, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan  Pelabuhan YB Aidel bin Lariwoo, Pengerusi SEDC dan Sarawak Metro Sdn Bhd, YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Datuk Husain dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku